Adakah anda tahu berapa banyak gula yang anda ambil setiap hari dari minuman ini?
Gula adalah nama umum untuk zat makanan dengan “rasa manis”, rantai pendek, karbohidrat larut yang kebanyakannya digunakan dalam makanan.Mereka terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Terdapat pelbagai jenis gula yang diperolehi daripada sumber-sumber yang berbeza. Kita akan menyerap gula melalui makanan dan minuman tiap-tiap hari. Gula adalah sejenis tenaga yang penting kepada kita untuk aktiviti seharian, tapi pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan pelbagai jenis masalah badan seperti diabetes, masalah gigi, obesiti, masalah hati(liver) dan sebagainya. Oleh itu, pangambilan gula harian mesti dikawal dengan prihatin.
Hasilan gula adalah kira-kira 168 juta tan metrik pada tahun 2011 di seluruh dunia.Bermakna pengambilan gula seseorang kira-kira 24 kilogram setiap tahun (33.1 kg di negara-negara perindustrian), bersamaan dengan lebih kurang 260 kalori setiap hari.
Minuman seperti coca-cola, pepsi, teh taik, kopi , starbuck dan sebagainya adalah minuman kegemaran kita. Sesetengah orang minum minuman ini tiap-tiap hari. Tetapi, tahukah anda berapa banyak kandungan gula yang terdapat dalam minuman kegemaran anda ini?
Gambar bawah menunjukkan purata bilangan gula dalam sudu teh untuk minuman kegemaran kita:
Jumlah maksimum gula sehari adalah Lelaki: 150 kalori sehari (37.5 gram atau 9 sudu teh). Wanita: 100 kalori setiap hari (25 gram atau 6 sudu teh). Untuk senangkan anda membuat pengiraan bilangan sudu teh gula dalam minuman. Inilah formulanya ,4 gram gula = 1 sudu teh
Terdapat artikel ini manfaat kepada anda? Sila LIKE|SHARE|COMMENT